Wednesday, January 07, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Tarikh: 6 Januari 2009
Masa: Sekitar jam 9.00 malam.

Aku dengan Frankie baru sahaja memuat-turun filem dari dhpz. Almaklumlah, filem yang diklasifikasikan lain daripada yang lain itu merupakan buah tangan sutradara yang tidak begitu tersohor (x taulah kalo memang terkenal, sebab aku ngan Frankie x pernah dengar pun! Kalo Razak Moheidin tu, terkenal la gak kan). Usai download, lantas bergeraklah kami ke bilik masing-masing untuk menonton filem melayu tersebut.
Lewat 5 minit pertama, cerita yang ditonton agak menarik. Desakan untuk terus bergossip menyebabkan aku cuba menghubungi Frankie melalui applikasi Gtalk. Mataku terpempan seketika pada status Frankie yang tertera di skin komputer riba aku. Aku menahan gelak.
Frankie: tengah layan Budak Kelantan
Kiranya, ko ni money boy ke haper, Frankie. Hahahaha. Dan status itu pun bertukar usai kutukan dan makian mesra kepada "Frankie: tengah layan movie Budak Kelantan!"

No comments:

Post a Comment