Wednesday, January 28, 2009

I hate it!

SOALAN OBJEKTIF
Tandakan jawapan yang betul pada kertas jawapan yang disediakan. Sila gunakan mata pensel 2B untuk menjawab soalan ini.

1. Apakah yang akan anda lakukan apabila majikan anda menaikkan pangkat rakan setugas anda sedangkan anda memang begitu mengharapkan jawatan itu?

A. Buat-buat bodoh sahaja,
B. Bercerita dengan rakan-rakan yang lain sambil menyindir majikan anda setiap kesempatan yang ada.
C. Cuba membuktikan anda layak untuk memegang jawatan tersebut diikuti dengan ayat-ayat sentap seperti "Tapi nak buat macam mana, kerja betul betul pun tetap tak layak gak!"
D. Bermuhasabah tentang kekurangan dan kelemahan diri dan cuba memperbaikinya.

* * * * *
SOALAN ESEI
Pekerja anda melancarkan serangan psikologi terhadap anda kerana menaikkan pangkat rakan setugasnya sedangkan dia memang begitu mengharapkan jawatan itu. Mulakan karangan anda dengan "Apabila mengalami situasi berikut, saya akan ..." Karangan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
* * * * *
And I hate politic at work place!