Sunday, December 14, 2008

When the time comes...

Masih lagi bercerita tentang team building aku. Ada 3 orang expatriate (betul ke ejaan aku ni?) yang turut serta dalam sessi aku. Dua dari India, satu dari Filipina. Kadang-kadang, kesian gak aku tengok diorang sebab most of the activities are conducted in Bahasa Melayu. Ada masanya, diorang agak terpinga-pingalah.
Seperti biasa, diorang buat hal sendiri. Makan pun sendiri. Satu hari aku join sorang expat ni. Umur dia dalam 50 lebih. Dia dari Filipina. Kita panggil dia Edward (seperti biasa, bukan nama sebenar). Aku saja la borak-borak. Tanya pasal family dia semua. Dia cakap, dia tak balik Christmas ni. Celebrate kat sini je. Anak dia ada 3 orang. Sorang anak dia duduk kat Dubai. Sorang lagi kije kat mana ntah. Aku tak berapa ingat. Terus aku teringat perbualan aku ngan sorang expat dari tempat aku. Dia pun ada 3 orang anak gak. Yang sulung kije kat hotel kat Dubai. Yang 2nd baru start kije bulan lepas and yang kecik sekali kat universiti. Aku terus tanya Edward, selalu ke dia dapat kumpul anak-beranak? Dia cakap memang jarang la. Dia selalu jumpa anak bongsu dia je. Anak sulung dia tu memang dah lama tak jumpa. Aku tanya lagi, tak sedih ke sebab jarang jumpa?
"When the time comes, your children will start their family. And you have to accept that you will be far from their life. It does not mean that they did not love you anymore, but the priority has changes. You will have to accept that. That's life."
Sayu je aku tengok muka dia masa dia cakap tu. Pandangan dia pun jauh je. Aku tak tahu la apa yang dia fikir time tu. Ter-emosional lak aku kali ni, tapi nak buat macam mana. Kata set-set "pemulihara"!
*****
So, buat member yang masih bujang ni, hargailah masa bujang anda untuk berbakti kepada kedua orang tua. Dah tak banyak pun masa yang kita ada (esp dhpz sebab dia dah ada calon dah sekarang ni...hahaha). Kang dah kawin, dah nak kena bagi-bagi. Sekejap balik kampung sendiri, sekejap lagi balik kampung isteri pulak. Apa pun, ingatlah tanggungjawab anak lelaki pada keluarga tetap tak putus walaupun dah berumahtangga.
P/S: Sebab tu aku paling bengang bila semua benda pass kat set-set bujang. Sebab alasan takde komitmen lagi sebab tak berkeluarga. Macamlah yang bujang ni takde life (terlentang sambil menonton ASTRO juga kira life jugak ye!). Teringat balik perbualan sorang E2 ngan E1 kat tempat aku dulu.
E2: Kalau set-set kitorang ni amik cuti time cuti sekolah macam ni. boleh fahamlah. Kitorang nak bawak anak-anak gi berjalan. Yang korang ni, dah la bujang, amik cuti lama lak tu. Apahal?
Jawab E1 tu dengan selambanya.
E1: Korang nak bawak anak gi berjalan kan. Kes kitorang, kitorang lah anak yang nak di bawak berjalan tu!
That's a damn good answer!

No comments:

Post a Comment