Monday, December 08, 2008

Mar*e Fr*nce

"Abang baju kuning tu, sila ke depan. Haa, dengan abang baju biru sekali."
Aku melangkah ke depan.
"Haa, sekarang boleh tak kita tengok, apa beza orang 'penguasa' dengan orang 'pemulihara'?" Personality test aku menunjukkan aku seorang 'pemulihara'.
"Takde beza pun. Badan lebih kurang je!" Aku dengar suara Mat Duan jerit dari belakang. Cilakak kau Mat Duan. Sah-sah rating PPA kau aku bagi rendah tahun ni.


*****

Balik dari team building, aku mula rasa down. Hari terakhir ada tayangan video aktiviti sepanjang team building. Aku mula rasa tak best tengok diri sendiri dalam video. Yes, camera does add 10 pounds tapi bila tengok video tu, macam ada tiga empat kamera la pulak! Tak boleh jadi, aku mesti berbuat sesuatu.
Hujung minggu, aku ajak A (bukan nama sebenar) pergi ke Kuantan, Sebenarnya, A yang ajak aku. Dia nak buat facial treatment. Bajet boleh cantik la. Hahaha (sure aku kena maki ngan A lepas ni). Aku call member aku, S (juga bukan nama sebenar). Aku dah bertekad, aku nak gi Mar*e Fr*nce!
Sampai di Kuantan, aku mula berbelah bahagi. Rasa segan la pulak. Lagi-lagi bila tengok orang kat situ semuanya perempuan. Aku call S. Dia cakap memang perempuan yang handle. Tapi bilik lelaki dengan perempuan memang berasingan. Cuma orang yang wrap badan tu memang perempuan la. Dan the idea of having a girl wrapping up my body is something that I can't imagine. Aku call Frankie.
"Hang dah gila!!! Hang ingat murah ke benda tu. Mau dekat lima ribu! Belum tentu berkesan jugak. Ye la, kerja hang kan just terlentang kat bilik tengok ASTRO! Baik la hang beli benda lain dari membazir macam tu. Budak ni memang suka membazir!!" Pot pet pot pet suara si Frankie membebel di hujung talian.


*****


Dalam perjalanan balik, S call.

"Amacam, jadi tak pergi Mar*e Fr*ance?"

"Tak kot. Aku tak boleh bayangkan orang nak balut-balut badan aku tu"

"Memangla. Mana ada tempat yang tukang balut dia orang lelaki. Semua perempuan la"

"Tak nak la. Nanti kalau aku kahwin, kesian bakal isteri aku. Dapat barang second hand. Dah ada orang pegang-pegang" Aku buat lawak bodoh kat S.

"Tapi kalau kau tak pergi, lagi kesian bakal isteri kau. Sebab kahwin dengan gajah!"

Siot je statement tu. Tapi tak pe. Aku bertekad untuk bersenam demi badan yang sihat! Tengok lah nanti!

Dan aku yakin, Frankie bila baca post ni mesti gelak-gelak je. Mangkuk la kau Frankie!

2 comments:

  1. nape x cite kt mana duit tu dihabiskan? hehehehehhee

    ReplyDelete
  2. hahaha...thats a secret ill never tell

    xoxo...gossip jer

    ReplyDelete