Monday, December 08, 2008

Mar*e Fr*nce

"Abang baju kuning tu, sila ke depan. Haa, dengan abang baju biru sekali."
Aku melangkah ke depan.
"Haa, sekarang boleh tak kita tengok, apa beza orang 'penguasa' dengan orang 'pemulihara'?" Personality test aku menunjukkan aku seorang 'pemulihara'.
"Takde beza pun. Badan lebih kurang je!" Aku dengar suara Mat Duan jerit dari belakang. Cilakak kau Mat Duan. Sah-sah rating PPA kau aku bagi rendah tahun ni.


*****

Balik dari team building, aku mula rasa down. Hari terakhir ada tayangan video aktiviti sepanjang team building. Aku mula rasa tak best tengok diri sendiri dalam video. Yes, camera does add 10 pounds tapi bila tengok video tu, macam ada tiga empat kamera la pulak! Tak boleh jadi, aku mesti berbuat sesuatu.
Hujung minggu, aku ajak A (bukan nama sebenar) pergi ke Kuantan, Sebenarnya, A yang ajak aku. Dia nak buat facial treatment. Bajet boleh cantik la. Hahaha (sure aku kena maki ngan A lepas ni). Aku call member aku, S (juga bukan nama sebenar). Aku dah bertekad, aku nak gi Mar*e Fr*nce!
Sampai di Kuantan, aku mula berbelah bahagi. Rasa segan la pulak. Lagi-lagi bila tengok orang kat situ semuanya perempuan. Aku call S. Dia cakap memang perempuan yang handle. Tapi bilik lelaki dengan perempuan memang berasingan. Cuma orang yang wrap badan tu memang perempuan la. Dan the idea of having a girl wrapping up my body is something that I can't imagine. Aku call Frankie.
"Hang dah gila!!! Hang ingat murah ke benda tu. Mau dekat lima ribu! Belum tentu berkesan jugak. Ye la, kerja hang kan just terlentang kat bilik tengok ASTRO! Baik la hang beli benda lain dari membazir macam tu. Budak ni memang suka membazir!!" Pot pet pot pet suara si Frankie membebel di hujung talian.


*****


Dalam perjalanan balik, S call.

"Amacam, jadi tak pergi Mar*e Fr*ance?"

"Tak kot. Aku tak boleh bayangkan orang nak balut-balut badan aku tu"

"Memangla. Mana ada tempat yang tukang balut dia orang lelaki. Semua perempuan la"

"Tak nak la. Nanti kalau aku kahwin, kesian bakal isteri aku. Dapat barang second hand. Dah ada orang pegang-pegang" Aku buat lawak bodoh kat S.

"Tapi kalau kau tak pergi, lagi kesian bakal isteri kau. Sebab kahwin dengan gajah!"

Siot je statement tu. Tapi tak pe. Aku bertekad untuk bersenam demi badan yang sihat! Tengok lah nanti!

Dan aku yakin, Frankie bila baca post ni mesti gelak-gelak je. Mangkuk la kau Frankie!

Saturday, December 06, 2008

Waja 2010 = Mitsubishi Lancer?


interesting development~~

http://paultan.org/archives/2008/12/05/next-generation-proton-waja-to-be-based-on-the-mitsubishi-lancer-platform/

Tuesday, December 02, 2008

Opps!! U did it again...

A piece of work and a cup of hot chocolate...
2.30pm: Lunch di food court mesra mall (black pepper chicken sizzling noodle), then abis mkn, grab a grande cup of starbucks's hot chocolate..erm..so yummy...
membuat kerje opis sambil berchatting sambil meneguk hot chocolate...
like the taste of luxury;p


Theme of the Day: "Bole lar drpd tade"
Background Song: "Money Money Money"

Finally, KTM Train Ipoh-KL

Check out this news

http://www.mmail.com.my/RM2_train_from_Ipoh_to_KL_and_back.aspx

Never mind the RM2 for the first & last train, akhirnya siap jugak projek ni. Not that we are going to use it. (except me ;p). With the completion of this project, and normal train Ipoh-KL are in service, it is obvious that commuter service Ipoh-KL is around the corner. Again, n
ot that we are going to use it. (except me ;p).


Monday, December 01, 2008

The missing notes

Frankie:"My storyline would be:-

Lokasi: Heathrow Airport, London
Watak : Zakuan, Hye Kyo

Seorang lelaki sedang berlari menuju ke airport setelah menyedari beliau telah lewat untuk check-in. Sekiranya dia terlepas flight ni, maybe dia terpaksa berhari raya di London untuk yang ketiga kalinya. Hidup sebagai student agak menyulitkan dia untuk sentiasa balik ke Malaysia. Dia dah janji dengan familinya untuk pulang berhari raya pada tahun ni.

Dalam tergesa-gesa tu Zakuan terlanggar seseorang (Hye Kyo, heroin cite ni laa. gadis korea). Perempuan tu mencuka masam sebab sakit berlanggar. Dia pun sebenarnya tengah mengejar flight.Dalam keadaan yang kelam kabut tu, rupa-rupanya pasport & tiket diorg tertukar (hrm.. part ni x sure logik ke tak). So tanpa meminta maaf, Zakuan terus berlalu pergi. Hye Kyo termangu sendirian di situ sambil bergegas ambil bagasi and bergerak menuju ke kaunter.

Sampai kt kaunter tu, baru Zakuan perasan yang pasport and tiket dah tertukar. Hangin arr dia sebab for sure dia memang takkan sempat nak naik flight tu. Then nak mencari balik perempuan korea tadi tu bukan senang sebab ramai gila manusia kat airport ni.

**xde idea laa plak. nanti laa sambung

Sunday, November 30, 2008

The storyline...

10.00 PM, Kerteh.
Maggi goreng, roti bakar, milo ais & teh tarik.
Irfan, Frankie & DHPZ.

What is your storyline if you are the director for a movie/drama (Hari Raya)?

Thanks.
KE's Admin