Showing posts with label .:IrFaN:.. Show all posts
Showing posts with label .:IrFaN:.. Show all posts

Friday, February 06, 2009

Politik? Lompat Parti??

Time: Around 1945 hrs.
Venue: Car park.

Spotted at the car park, dhpz is talking to a stranger, who just came out from a Honda Civic car?

Is dhpz is trying to spread his wings in order to take over Kerteh?

Or is the guy try already know dhpz reputation and try to persuade dhpz to join his party? (Maklumlah, kat perak kan tengah macam-macam hal sekarang ni!)

Only dhpz and the guy know the answer. Let's wait and see for the progress!!!

Kantoi!

Aku lambat bangun pagi tadi. Terkocoh-kacah gak bersiap. Pergi kerja dengan dhpz. Kalau lambat, takut kena tinggal. Takpun dia akan blame aku kalo superior dia sound sebab masuk lambat.

Dia singgah sekejap kat warung. Nak beli sarapan. Aku tak beli sarapan pun sebab aku memang jarang bersarapan. Sampai ke pejabat, masuk ke pantry buat air. Beberapa orang sedang makan waktu tu.

Orang 1: Tak sarapan ke? Jom lah sarapan sekali.

Aku: Takpelah. Saya memang jarang sarapan.

Orang 2: Tak makan ke? Tapi kenapa bibir nampak berminyak je???

Damn! Mesti kes pagi tadi, sibuk sgt bersiap...terlebih pakai lip balm! Tak tengok cermin lak tu. Kalo Freddie ada, mesti dah kena sound "Dah macam negro lak aku tengok ko, ngan bibir berkilat macam tu!!"

Wednesday, January 07, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Tarikh: 6 Januari 2009
Masa: Sekitar jam 9.00 malam.

Aku dengan Frankie baru sahaja memuat-turun filem dari dhpz. Almaklumlah, filem yang diklasifikasikan lain daripada yang lain itu merupakan buah tangan sutradara yang tidak begitu tersohor (x taulah kalo memang terkenal, sebab aku ngan Frankie x pernah dengar pun! Kalo Razak Moheidin tu, terkenal la gak kan). Usai download, lantas bergeraklah kami ke bilik masing-masing untuk menonton filem melayu tersebut.
Lewat 5 minit pertama, cerita yang ditonton agak menarik. Desakan untuk terus bergossip menyebabkan aku cuba menghubungi Frankie melalui applikasi Gtalk. Mataku terpempan seketika pada status Frankie yang tertera di skin komputer riba aku. Aku menahan gelak.
Frankie: tengah layan Budak Kelantan
Kiranya, ko ni money boy ke haper, Frankie. Hahahaha. Dan status itu pun bertukar usai kutukan dan makian mesra kepada "Frankie: tengah layan movie Budak Kelantan!"

Monday, December 29, 2008

Tak tau nak tulis apa, tgh blushing lagi ni!

Date: 26th December 2008
Time: 1005

Spotted at Mesra Mall, Irfan and dhpz were having their late breakfast on their way to Kuantan (a plate of Nasi Ayam and Nasi Kukus, does it count as breakfast or lunch???). As Irfan ordered Nasi Ayam (with his moody look - of course la, penat balik Langkawi x hilang lagi), the waitress keep on smiling(ahjumma type la...bukan oonni).

"Kak, bagi Nasi Ayam satu"

"Okay, siap!"

Irfan tunggu. Mata rasa berat sangat. Nak tido pun apa.

"Wangi nyer dik, pakai perfume apa??"

Irfan terkesima. Selalunya wangi macam mana pun, yang tegur orang2 office je.

"Apa kak?"

"Tak de la, wangi nyer. Pakai perfume apa? Akak nak tau gak"

Irfan ala2 blushing.

"Eh, xde la kak biasa je"

Irfan citer kat dhpz. dhpz sound balik "Buatla macam jawapan artis - xde apa rahsia pun. amik air semayang je!" Siot je.

Dan itulah penangan Versace!!! X sia2 beli kat Langkawi! (Skarang baru tau naper Frankie ye ye sangat x nak Irfan beli Versace, takut tergugat la tu!!)

Sunday, December 21, 2008

People do judge book by its cover!

Spotted somewhere in Paka, three guys came out from a suspicious, dark stairs area.

"Jangan kantoi ngan orang office dah la, macam keluar dari rumah pela*uran lak!", a joke came out from S's mouth.

Yes S, people will absolutely think the same, judging from your apperance - a pair of torn faded jeans, a black (or is it dark blue?) small T-shirt. Not to mention bracelet on his right wrist and a trendy watch (FOSSIL ke??) on his left wrist. Ko hengat kat KL ke nak dressing bagai? Gi Paka je pun!!

Is it the picture of S? That's a secret I'll never tell. XOXO gossip jer!!







Tuesday, December 16, 2008

XOXO...Gossip jer!

Spotted at Pizza Hut, Mesra Mall, a waitress seemed to be blushing while entertaining four most eligible bachelors from Kerteh Elite clans.

Does she mesmerized by how beautiful and flawless Freddie's skin is?

Does she fascinated by how rich dhpz is as the dinner is his treat?

Does she attracted to dexi, who also malu2 kucing at that time?

or does she fall for Irfan's smile [quote dentist siang tadi:- gigi awak dah cantik dah, lagi bagus kalo awak buar root canal! (x perlu ye memuji seketika sebelum suh wat root canal RM600++!)]

Only she knows the answer...

(muzik latar: Hanya Engkau Yang Mampu - Aizat AF5)

Sunday, December 14, 2008

When the time comes...

Masih lagi bercerita tentang team building aku. Ada 3 orang expatriate (betul ke ejaan aku ni?) yang turut serta dalam sessi aku. Dua dari India, satu dari Filipina. Kadang-kadang, kesian gak aku tengok diorang sebab most of the activities are conducted in Bahasa Melayu. Ada masanya, diorang agak terpinga-pingalah.
Seperti biasa, diorang buat hal sendiri. Makan pun sendiri. Satu hari aku join sorang expat ni. Umur dia dalam 50 lebih. Dia dari Filipina. Kita panggil dia Edward (seperti biasa, bukan nama sebenar). Aku saja la borak-borak. Tanya pasal family dia semua. Dia cakap, dia tak balik Christmas ni. Celebrate kat sini je. Anak dia ada 3 orang. Sorang anak dia duduk kat Dubai. Sorang lagi kije kat mana ntah. Aku tak berapa ingat. Terus aku teringat perbualan aku ngan sorang expat dari tempat aku. Dia pun ada 3 orang anak gak. Yang sulung kije kat hotel kat Dubai. Yang 2nd baru start kije bulan lepas and yang kecik sekali kat universiti. Aku terus tanya Edward, selalu ke dia dapat kumpul anak-beranak? Dia cakap memang jarang la. Dia selalu jumpa anak bongsu dia je. Anak sulung dia tu memang dah lama tak jumpa. Aku tanya lagi, tak sedih ke sebab jarang jumpa?
"When the time comes, your children will start their family. And you have to accept that you will be far from their life. It does not mean that they did not love you anymore, but the priority has changes. You will have to accept that. That's life."
Sayu je aku tengok muka dia masa dia cakap tu. Pandangan dia pun jauh je. Aku tak tahu la apa yang dia fikir time tu. Ter-emosional lak aku kali ni, tapi nak buat macam mana. Kata set-set "pemulihara"!
*****
So, buat member yang masih bujang ni, hargailah masa bujang anda untuk berbakti kepada kedua orang tua. Dah tak banyak pun masa yang kita ada (esp dhpz sebab dia dah ada calon dah sekarang ni...hahaha). Kang dah kawin, dah nak kena bagi-bagi. Sekejap balik kampung sendiri, sekejap lagi balik kampung isteri pulak. Apa pun, ingatlah tanggungjawab anak lelaki pada keluarga tetap tak putus walaupun dah berumahtangga.
P/S: Sebab tu aku paling bengang bila semua benda pass kat set-set bujang. Sebab alasan takde komitmen lagi sebab tak berkeluarga. Macamlah yang bujang ni takde life (terlentang sambil menonton ASTRO juga kira life jugak ye!). Teringat balik perbualan sorang E2 ngan E1 kat tempat aku dulu.
E2: Kalau set-set kitorang ni amik cuti time cuti sekolah macam ni. boleh fahamlah. Kitorang nak bawak anak-anak gi berjalan. Yang korang ni, dah la bujang, amik cuti lama lak tu. Apahal?
Jawab E1 tu dengan selambanya.
E1: Korang nak bawak anak gi berjalan kan. Kes kitorang, kitorang lah anak yang nak di bawak berjalan tu!
That's a damn good answer!

Monday, December 08, 2008

Mar*e Fr*nce

"Abang baju kuning tu, sila ke depan. Haa, dengan abang baju biru sekali."
Aku melangkah ke depan.
"Haa, sekarang boleh tak kita tengok, apa beza orang 'penguasa' dengan orang 'pemulihara'?" Personality test aku menunjukkan aku seorang 'pemulihara'.
"Takde beza pun. Badan lebih kurang je!" Aku dengar suara Mat Duan jerit dari belakang. Cilakak kau Mat Duan. Sah-sah rating PPA kau aku bagi rendah tahun ni.


*****

Balik dari team building, aku mula rasa down. Hari terakhir ada tayangan video aktiviti sepanjang team building. Aku mula rasa tak best tengok diri sendiri dalam video. Yes, camera does add 10 pounds tapi bila tengok video tu, macam ada tiga empat kamera la pulak! Tak boleh jadi, aku mesti berbuat sesuatu.
Hujung minggu, aku ajak A (bukan nama sebenar) pergi ke Kuantan, Sebenarnya, A yang ajak aku. Dia nak buat facial treatment. Bajet boleh cantik la. Hahaha (sure aku kena maki ngan A lepas ni). Aku call member aku, S (juga bukan nama sebenar). Aku dah bertekad, aku nak gi Mar*e Fr*nce!
Sampai di Kuantan, aku mula berbelah bahagi. Rasa segan la pulak. Lagi-lagi bila tengok orang kat situ semuanya perempuan. Aku call S. Dia cakap memang perempuan yang handle. Tapi bilik lelaki dengan perempuan memang berasingan. Cuma orang yang wrap badan tu memang perempuan la. Dan the idea of having a girl wrapping up my body is something that I can't imagine. Aku call Frankie.
"Hang dah gila!!! Hang ingat murah ke benda tu. Mau dekat lima ribu! Belum tentu berkesan jugak. Ye la, kerja hang kan just terlentang kat bilik tengok ASTRO! Baik la hang beli benda lain dari membazir macam tu. Budak ni memang suka membazir!!" Pot pet pot pet suara si Frankie membebel di hujung talian.


*****


Dalam perjalanan balik, S call.

"Amacam, jadi tak pergi Mar*e Fr*ance?"

"Tak kot. Aku tak boleh bayangkan orang nak balut-balut badan aku tu"

"Memangla. Mana ada tempat yang tukang balut dia orang lelaki. Semua perempuan la"

"Tak nak la. Nanti kalau aku kahwin, kesian bakal isteri aku. Dapat barang second hand. Dah ada orang pegang-pegang" Aku buat lawak bodoh kat S.

"Tapi kalau kau tak pergi, lagi kesian bakal isteri kau. Sebab kahwin dengan gajah!"

Siot je statement tu. Tapi tak pe. Aku bertekad untuk bersenam demi badan yang sihat! Tengok lah nanti!

Dan aku yakin, Frankie bila baca post ni mesti gelak-gelak je. Mangkuk la kau Frankie!